Tuesday, November 10, 2009

Muhasabah cinta

masuk kali ni da dua kali ana menaip setelah line tiba2 xde smlm,terpksa buat balik.huhuhu..
Mungkin Allah nak mengajar ana untuk lebih sabar...

Terima kasih kpd sahabat ana yang 'memperkenalkan' lagu muhasabah cinta.Lagu yang sedap didengar,dan maksud yang mendalam jika dihayati bait2 maknanya.

Jika dimuhasabah kembali,manusia lebih leka mengejar cinta makhluk daripada pencipta makhluk,ana juga x terkecuali,pabila solat dan apabila berada dalam keadaan susah barulah mengingati Allah.Sedangkan Allah i2 tidak pernah sedetik pn lupa pada hambanya.Menyebut cinta Allah terasa tawar dan tidak perasaan i2 biasa2 saja,tetapi pabila menyebut cinta manusia terasa bersemangat dan menyeronokkan.

Sedangkan mencintai Allah begitu besar nikmatnya.Cinta Allah tidak mengecewakan atau rasa dikhianati.Bahkan Allah akan membalas cinta kta dengan rasa kasih sayang dan kemanisan iman yang tidak mungkin dapat dirasai oleh orang laen.Kadang2 ana terfikir,bagaimana rasanya kemanisan iman i2,..tetapi pabila satu saat hadir perasaan rindunya ingin bertemu dengan Allah,rindu ingin berbicara dengan Allah,rindu jika tidak bertemu dengan Allah,..tapi kadang2 perasaan itu hilang bila mana hati kita terisi dengan maksiat,umpama cawan yang kosong,jika tidak diisi dengan air,udara akan memenuhi ruang molekul2(cam2 kot) udara dalam cawan itu.Pernah beberapa hari ana tinggal dari hadiri usrah...em x baek btul..jgn tiru..perasan malas nk datang usrah mula menguasai diri ana,ana mula mengisi masa ana dengan membuat perkara2 y x berfaedah..pengisian roh mula ilang..begitu jadinya.

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:

- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda

Semoga kita tetap menjadi kekasih Allah dan senantiasa dalam jagaan cintaNya.Bermusafirlah mengemis cinta ilahi...

No comments:

Post a Comment