Monday, November 16, 2009

Dakwah Melalui Media






Dunia sekarang semakin menginjak maju dengan membawa pelbagai kesan di sekelilingnya.Sama ada baik atau buruk,akal yang waras dan iman itulah yang akan memberi peluang untuk kita memanfaatkan atau sebaliknya.Tertarik dengan undian yang dijalankan di blog sahabat ana,berkenaan dengan peranan media dalam berdakwah,pun begitu ana bukanlah orang yag arif dalam bidang teknologi nie tapi mungkin pandangan ana sebagai pemerhati.



Dakwah melalui drama


Klau setiap hari jumaat pastinya ramai yang tidak ketinggalan nk menonton Nur Kasih di tv3,apalagi klu pelakonnya cantik2 dan macho belaka.Namun,apa yang kita lihat,drama yang berunsur dakwah memang berkurangan dalam negara kita,dan tidak kurang juga semakin lari dari elemen-elemen dakwah yang ingin disampaikan.Adapun yang berunsur dakwah pula kadang kadang disiarkan pada hari-hari perayaan islam seperti aidilfitri,dan raya korban.Dari segi masa pula,rata2 tidak disiarkan pada waktu2 perdana,..(lainlah klu cite bionik,tari tirana ntah pape lg)




Seharusnya menjadi satu langkah untuk kita memanfaatkan medium ini bukan tontonan semata- mata malah bertindak sebagai pengisi rohani dan jalan dakwah kepada umat islam dan bukan islam.


Dakwah melalui radio


Dengarlah IKIM.FM pilihan utama...huhu.teringat suara si kecil yang mempromote radio nh.Tahniah diucapkan kpd insititut kefahaman islam msia (ikim) kerana mampu bersaing sebaris dengan syarikat penyiaran radio laen.Rancangan ilmiah 24 jam sehari mampu mengisi kekosongan jiwa yang dahagakan bentuk kesenian islam yang indah.Namun,wadah ini harus diperkasakan lagi untuk membentuk golongan remaja yang cintakan hiburan yang indah dari islam dan bukannya hiburan yang melampau-lampau.




Dakwah melalui pengiklanan




Saban hari kita disajikan dengan iklan-iklan murahan yang memaparkan aksi yang negatif kepada para penonton.Adakalanya aksi yang ditonjolkan memaparkan wanita sebagai alat untuk menarik perhatian penonton terutamanya kaum adam sehingga lari dari mesej yang ingin disampaikan.


Disinilah kita harus merebut peluang dakwah,iaitu berdakwah melalui pengiklanan.Iklan yang dipaparkan haruslah menggambarkan adab-adab murni yang mencerminkan keindahan islam itu sendiri seperti iklan yang memaparkan kehidupan seorang muslim yang memulakan harinya dengan doa dan hasutan syaitan yang sentiasa mengajak manusia melakukan maksiat.Penggunaan animasi dan multimedia dalam iklan juga boleh menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk menerima mesej yang disampaikan dengan mudah.




Media adalah satu medium yang sangat berguna dalam menyampaikan dakwah,namun ianya haruslah selari dengan kehendak syarak dan kehendak manusia akan seiring bersamanya.

No comments:

Post a Comment