Sunday, November 22, 2009

Madah Buat Sahabat Perjuanganku



Sahabatku...,


Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kita umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekati.
Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,darijauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.




Sahabatku...


Aku berharap kita akan menjadi seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Aku harap kita akan sama-sama mempertahankan kubu diri kita dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...
dan sentiasa MENGHIASI WAJAH dengan titisan wuduk..bukan dengan solekan dunia emata-mata biarpun aku tahu kita sama-sama menginginkannya...




Sahabatku...
INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas tertutup.
Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatau yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.


Aku tahu bukan mudah untuk mempertahankannya..tapi aku juga yakin kita mampu..



Sahabatku...


WANITA SOLEHAH yg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.
Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam diri kita.


Kadang-kadang kita merasa diri kita kuat dan kadang-kadang kita lemah...

Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.



Sahabatku...


Akuilah bahawa diri kita menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.
Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."
Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.




Sahabatku...


Ingatkah kau akan nasihat kita kepada adik-adik kesayangan kita
Di waktu petang,kadangkala pada lewat malam..
Mengorbankan masa untuk mentarbiah diri mereka agar menjadi mujahidah sejati
Biarpun aku kadang-kadang lupa akan nilai 'tarbiyah' itu sendiri..
Entahlah...mungkin Allah sahaja yang berhak menguji
Kata-kata kita..nasihat kita...adakah kita sendiri tidak memahami



Sahabatku...

Dalam hidup tentu saja kita ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI
.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan bathil,jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.
Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.
Cintailah diri kita yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul CINTA DAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTA KITA.

Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabat kita setaraf kaum Adam.Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn SENTUHAN TANGAN KITA SENDIRI.

No comments:

Post a Comment