Monday, November 9, 2009

ikhlas...


suci sekeping hati..sucikah hati kita dalam menjalankan ibadah kepada Allah..,?ikhlaskah hati kita dalam menunaikan amanah kita...?soklan yang sukar dijawab.teringat kata-kata di dalam drama kiamat sudah dekat"apa yang namanya ikhlas itu,,?mcm2 yang ditunjukkan kpd ayah perempuan itu utk membuktikan keikhlasannya namun x diterima olehnya.Kadang-kadang ana terfikir...,adakah amalan dan segala yang ana lakukan diterima Allah.Mmg susah nak hadirkan perasaan ikhlas itu,apatah lagi apabila dalam terpaksa atau terikat dengan sesuatu.Ingin tunjuk contoh yang terbaik kepada adik-adik,tetapi x jujr pada diri sndr.Hanya Allah yang sahaja dapat menilai keikhlasan hambanya kerana ikhlas juga seperti iman x dpt dibaca di luar tapi Allah sahaja menilai samada amalan kita diterma atau tidak.


Seorang lelaki bertanya kepada Abu Ali: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”


Dan dari sahabat Rasullullah Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”

Bimbang juga akan mengundang syirik kecil dalam hati...Namun,semoga amalan kita yang menjadi pemberat neraca kita di akhirat kelak dan setiap jantung berdegup disertai dengan hati yang ikhlas.Amin





No comments:

Post a Comment