Wednesday, December 9, 2009

Antara Dua,Mana harus ku pilih??






"Binalah daulah dalam dirimu sebelum membina daulah dalam biladmu,pimpinlah dirimu sebelum memimpin orang lain kerana dirimu seorang pimpinan,bukan hanya pada nama tapi pada pada dirimu sendiri"...kata-kata ini sentiasa bermain2 dalam mindaku sejak akhir2 ini..Renungan sejenak buat sang pemilik diri...apa sumbanganmu dalam perjuangan agamamu,kadang-kadang aku menyangka dengan melakukan gerak kerja islam aku telah menunaikan sebahagian tanggungjawabku.Tetapi dalam sudut hati yang lain pula berbisik,..na..kau lakukan satu perkara tetapi kau lupa satu perkara..antara kedua-dua perkara itu dimanakah aulanya...??seringkali diri berfikir,Allah menguji kamu dengan kegagalan dalam satu perkara ini untuk menguji tahap mana iman kamu.tetapi satu saat diri ini pula berfikir mungkin ini isyarat Allah padaku bilamana aku mengabaikan satu perkara di antara dua perkara tadi.Ya Allah kau pimpinlah aku di antara dua ini.Aku sayang kedua-dua perkara ini.Seringkali adik-adikku bertanya tentang kepentingan di antara dua perkara ini.Aku menyatakan kedua-duanya penting.Tapi aku...aku sendiri yang memberatkan salah satu antara dua perkara ini.Kerana apa??kerana aku sendiri tidak menyedari kepentingan yang satu ini.Bagi aku dengan melakukan perkara yang satu lagi akan menghasilkan manfaat darinya berterusan,bukan untuk diriku sahaja tetapi untuk semua.Maka menyendiri sahaja perkara yang satu lagi ku biarkan tadi.Bila satu masa aku memerlukannya barulah aku mengambil kembali perkara ini.Tetapi hakikatnya kedua-dua perkara ini tidak dapat dipisahkan.Ibarat kata-kata seseorang yang ku hormati...,irama dan lagu dapat dipisahkan,aur dan tebing dapat diceraikan,kuku dan kulit dapat dicabut...tetapi ilmu dan manusia,tidak boleh sama sekali.Kerana batang tubuh manusia itulah yang menggendong dakwah ini..Jika dicerai keduanya maka rosaklah manusia...

Firman Allah s.a.w,patutkah kamu mengambil sebahagian (kitab taurat) dan kamu mengingkari sebahagian yang lain.Sesungguhnya kamu akan mendapat kehinaan di dunia dan bagimu azab yang pedih di akhirat kelak.Sesungguhnya Allah tidak pernah lalai dalam apa yang kamu lakukan.

Nota paling besar untuk pemilik hati yang mendambakan kasih ilahi...
Apakah dua perkara ini??.Ilmu dan dakwah.Ilmu tidak akan dapat tanpa didakwah,dan dakwah tidak akan sempurna tanpa ilmu.Ibarat pohon tanpa buah.Ilmu itu pohon dan dakwah itu buah(al ilmu bila amalin kal syajarin bila samarin)dan lebih tepat juga diibaratkan seperti memandu kereta tanpa stereng.Kereta itu ilmunya dan stereng itu dakwahnya.Ala kulli hal..,semoga kita tidak tersilap dalam menilai antara kedua-duanya,kerana kedua-duanya bukan untuk dipilih..harap anntum dan antunna tidak memilih salah satu daripadanya,kerana ianya ibarat kopi dua dalam satu(bukan kerana sedapnya)tapi di dalam kedua itu wujud hanya satu sahaja,yakni ISLAM...

2 comments:

  1. satu istilah yang salah : "dakwah no1 tp blajar bukan no2"

    saya tdk bersetuju dengan istilah ini..bahkan sebetulnya dakwah itu ilmu dan ilmu itu dakwah.

    ReplyDelete
  2. berpeganglahlah dengan mafhum ayat ini..


    “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(QS. Muhammad : 7)

    ReplyDelete